mcmc
Maklumat Pusat Internet

MAKLUMAT NADI KG SUNGAI MATA

andersonley.jpg

SELAMAT DATANG KE PORTAL NADI KG SUNGAI MATA

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat.Pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan untuk komuniti setempat seperti penggunaan komputer dan internet,mencetak, fotostat,mengimbas, laminating,binding serta kelas latihan dan pembangunan mengenai ICT. Antara kelas yang dilaksanakan adalah Kelas Microsoft Office (Microsoft Word, Power Point, Excel), Kelas Keusahawanan, Kelas Adobe Photoshop, Kelas Klik Dengan Bijak(KDB), dan sebagainya .

NADI Kampung Sungai Mata, terletak di Kota Samarahan, Sarawak kini dibuka setiap hari isnin hingga ahad kecuali cuti umum daripada pukul 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Yuran keahlian sebanyak Rm 5.00 kepada mereka yang mendaftar menjadi ahli NADI. Terdapat dua orang petugas dilantik untuk menguruskan NADI Kampung Sungai Mata iaitu Pengurus dan Penolong Pengurus .Untuk pertanyaan boleh menghubungi mereka melalui maklumat tersebut untuk maklumat lebih lanjut :

 

Objektif penubuhan NADI Kg Sungai Mata adalah:

  • Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan.

  • Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
  • Membantu masyarakat luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi melalui kemudahan dan aktiviti yang dijalankan di NADI Kg Sungai Mata.
  • Merapatkan jurang digital di antara masyarakat Bandar dan luar Bandar selaras dengan hasrat kerajaan.

 

Perkhidmatan yang disediakan:

NADI Kg Sungai Mata menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli. Antara latihan yang disediakan ialah :
  • Pengenalan asas komputer
  • Asas internet, IoT/ STEM
  • Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang)
  • Desktop publishing seperti Microsoft Office (atas permintaan)
  • Latihan keusahawanan, Kelas Shopee, TikTok Affiliate dll

 

Kenali Petugas NADI Kg Sungai Mata :

En Andersonley anak. Banchang (Pengurus)/ 0128570758

Tarikh Mula Berkhidmat : 16 Disember 2015 hingga kini

rohana.jpg

Pn Rohana binti Senu (Penolong Pengurus)/ 0138195816

Tarikh Mula Berkhidmat : 09 Februari 2014 hingga kini

 

Email :andersonley@pedi.my/ rohana.senu@pedi.my

Portal : http://kgsgmata.pjk.com.my/

Facebook :https://www.facebook.com/NADIKgSgMata

Alamat NADI Kampung Sungai Mata : Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Sungai Mata, Kampung Sungai Mata, 93400 Kota Samarahan Sarawak.