mcmc
Laporan Aktiviti

KELAS MAC 2025_PERTANDINGAN REKA BENTUK POSTER DIGITAL BULI SIBER

Tarikh:16 Mac 2025
Masa:11.00 pagi-12.30 tengah hari
Lokasi:NADI Kg Sungai Mata
Peserta:2 orang

TUJUAN

Pertandingan Reka Bentuk Poster Digital bertemakan Buli Siber bertujuan meningkatkan kesedaran mengenali buli siber.

Peserta yang terpilih merupakan pelajar sekolah rendah berumur 12 tahun menjadi wakil kepada NADI Kampung Sungai Mata untuk Pertandingan Reka Bentuk Digital bertemakan Buli Siber di bawah Pillar NADIxAWARENESS-NADI Safe. Pertandingan bermula 15 Mac-20 Mac 2025.

Pertandingan ini menyediakan hadiah yang menarik dan E-Sijil Penyertaan juga akan diberikan kepada peserta yang menyertainya.

Peserta pertandingan di kehendaki menggunakan Aplikasi Canva untuk merekacipta poster Buli Siber mengikut kreativiti masing-masing.

AKTIVITI

Pengumuman Tema & Peraturan:

  • Tema: Buli Siber.
  • Peserta menggunakan Canva untuk reka bentuk poster (saiz A4).
  • Tarikh mula dan tamat penyertaan.

Pengenalan Canva:

  • Petugas memberi sedikit taklimat ringkas tentang cara menggunakan Canva.

Penyediaan Alat & Sumber:

  • Peserta di kehendaki sediakan akaun Canva.
  • Petugas memastikan peserta mendapat akses template dan elemen reka bentuk berkaitan buli siber.

Penyertaan & Penilaian:

  • Kriteria penilaian: Kreativiti, mesej kesedaran, reka bentuk visual, kebolehfahaman.
  • Peserta hantar reka bentuk dalam format PNG.

Penganugerahan & Penghargaan:

  • Hadiah dan sijil untuk pemenang.

Gambar Di Sini