Cashless Society Initiative di NADI Kampung Sungai Mata, Kota Samarahan
19 SEPTEMBER 2025
MCMC (KHCBO) telah menghadiri Program Cashless Society Initiative di NADI Kampung Sungai Mata, Kota Samarahan bersama agensi kerajaan, institusi kewangan, usahawan serta komuniti setempat. Program ini berfungsi sebagai platform strategik dalam meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap transaksi tanpa tunai dan menggalakkan penggunaannya.
Antara pengisian utama termasuk pameran oleh AKPK, Touch & Go, Bank Islam dan Maybank, selain penyertaan booth jualan rahmah dan usahawan tempatan. Program ini turut diserikan dengan aktiviti interaktif seperti pertandingan mewarna, acara sukaneka dan cabutan bertuah.
Secara keseluruhan, program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan kehadiran lebih 200 pengunjung sehingga jam 2.00 petang.
