Jadual Latihan & Aktiviti • Laporan Aktiviti
KELAS NOVEMBER 2025_NADI DILEA
10 November 2025
WEBINAR GERAK GEMPUR SPM SEJARAH
| Tarikh | :08 November 2025 |
| Masa | : 2.30 pm-4.30 pm |
| Lokasi | :NADI Kg Sungai Mata |
| Peserta | :2 orang |
TUJUAN
- Memberi pendedahan intensif kepada murid Tingkatan 5 tentang topik penting dalam mata pelajaran Sejarah.
- Membimbing murid dalam memahami konsep, fakta, dan peristiwa penting menjelang peperiksaan SPM.
- Meningkatkan kemahiran murid menjawab soalan objektif, struktur dan esei dengan strategi yang berkesan.
- Membangkitkan semangat dan keyakinan diri murid untuk mencapai kecemerlangan dalam mata pelajaran Sejarah.
AKTIVITI
- Ceramah dan perkongsian teknik menjawab oleh Cikgu secara dalam talian.
- Perbincangan dan analisis soalan ramalan serta topik tumpuan SPM.
- Sesi soal jawab interaktif antara peserta dan penceramah.
- Kuiz atau aktiviti pengukuhan secara dalam talian untuk menguji kefahaman murid.
- Sesi motivasi ringkas bagi memberi dorongan kepada murid menjelang peperiksaan.