mcmc
Laporan Aktiviti

KELAS JUN 2025_NADI x KESEDARAN (SSO NERA)

Tarikh:05 Jun 2025
Masa:3.00 petang-4.00 petang (Safe)
:4.00 petang-5.00 petang (Shield)
Lokasi:NADI Kg Sungai Mata
Peserta:5 orang (Safe)
:3 orang (Shield)

TUJUAN

Kelas NADI x Awareness _Safe & Shield dibawah SSO Nera

AKTIVITI

Taklimat Perisian Merbahaya

  • Kelas di jalankan secara dalam talian. Peserta merupakan pelajar sekolah rendah.
  • Tujuan adalah :
    • Memberi kesedaran awal tentang bahaya perisian merbahaya (malware).
    • Mengajar cara mengenal pasti perisian yang mencurigakan.
    • Melindungi peranti dan maklumat peribadi pelajar.
  • Mempelajari Perisian merbahaya (malware) ialah program komputer yang boleh merosakkan komputer, mencuri maklumat, atau mengganggu penggunaan.
  • Contoh:
    • Virus – merosakkan fail.
    • Spyware – mencuri maklumat.
    • Ransomware – kunci fail dan minta wang.
  • Cara untuk menghindari perisian merbahaya adalah ,pelajar dikehendaki untuk
    • Klik link atau muat turun fail dari sumber yang tidak dikenali.
    • Gunakan antivirus dan kemas kini peranti selalu.
    • Jangan kongsi maklumat peribadi di internet sewenang-wenangnya.

Laman Web Berbahaya

  • Kelas di jalankan secara dalam talian. Peserta merupakan pelajar sekolah menengah.
  • Tujuan adalah memberi kesedaran tentang risiko melayari laman web yang tidak selamat atau berbahaya.
  • Penerangan mengenai Laman web yang boleh:
    • Menyebarkan virus atau perisian merbahaya.
    • Mencuri maklumat peribadi (phishing).
    • Papar kandungan tidak sesuai (lucah, ganas, palsu).
    • Ajak pelajar lakukan perkara merbahaya (buli, cabaran berbahaya).
  • Antara Ciri-ciri Laman Web Berbahaya:
    • Tiada “https://” di alamat web.
    • Papar banyak iklan pop-up pelik.
    • Minta maklumat peribadi tanpa sebab.
    • Tawarkan hadiah yang terlalu bagus untuk jadi kenyataan.
  • Antara Cara Elak & Lindungi Diri:
    • Semak alamat web – hanya lawat laman yang dipercayai dan sah.
    • Guna antivirus & penapis web – aktifkan perlindungan pada peranti.
    • Jangan klik link meragukan – terutamanya dalam mesej atau media sosial.
    • Tanya guru/ibu bapa jika ragu-ragu.
    • Laporkan laman web mencurigakan kepada guru atau pihak berwajib.

Gambar Di Sini